Kajian membuktikan apabila mengurut bayi, kita dapat memberi kesan positif pada sistem saraf utamanya. Apabila bayi diurut, hormon penenang iaitu serotonin dirembeskan dan hormon stres, iaitu kortisol disekat. Hasilnya degupan jantung anak lebih perlahan dan teratur, akan berasa lebih damai dan kurang merengek.